Kembang Tak Jadi
Antara mimpi dan kenyataan
Berkejaran di dalam pusingan
Tak tahu bilakah kerana
Berakhir satu perlarian
Kusedari dirimu dan diriku
Bukan lagi seperti yang dulu
Dan dikau malu mengakui
Kerana kesombongan diri
Akibatnya hati ini yang terseksa
Terbelenggu dalam ego manusia
Tiada pengertian serta kemesraan
Dalam perhubungan kita
Sehingga bilakah harus pergi
Mendustai dirimu sendiri
Harapan hanya mimpi sedih
Bagai bunga kembang tak jadi
Akibatnya hati ini yang terseksa
Terbelenggu dalam ego manusia
Tiada pengertian serta kemesraan
Dalam perhubungan kita
Sehingga bilakah harus pergi
Mendustai dirimu sendiri
Harapan hanya mimpi sedih
Bagai bunga kembang tak jadi