Kebersihan Satu Keimanan

Baharudin Ismail

Dunia yang indah ini untuk kita semua
Jagalah sama sama kebersihannya
Semakin tambah moden segala yang direka
Itulah kemajuan yang dicapainya

Marilah kita mari bersama
Menjaga kebersihan udara kita

Sana sini kita pergi kebersihan yang dicari
Udaranya kalau kotor tentu tak sihat
Bunga yang di taman sungguh indah pemandangan
Tambah sihat kesihatan itu harapan

Oh marilah kita mari bersama
Menjaga kebersihan udara kita

Kalau mahu hidup senang sama sama kita janji
Jaga diri jaga negeri itu yang mesti
Udara yang cukup bersih terjaminlah hidup kita
Sama sama merasa nya hidup gembira

Marilah kita mari bersama
Menjaga kebersihan udara kita

Hapuskan kekotoran senangkanlah pernafasan
Itulah satu cara oh kesihatan
Rohani dan jasmani haruslah dibersihkan
Itu satu amalan orang beriman

Marilah kita mari bersama
Menjaga kebersihan udara kita

Kalau mahu hidup senang sama sama kita janji
Jaga diri jaga negeri itu yang mesti
Rohani dan jasmani haruslah dibersihkan
Amalan orang beriman

Músicas más populares de Rahimah Rahim

Otros artistas de Asiatic music