Maafkanlah
Maafkanlah diriku menyebabkan hatimu kecewa
Bukan aku tak sudi menerima cintamu yang suci
Lebih baik kau bersedih hari ini
Daripada kau kesal kemudian nanti
Mungkinkah kau dan aku dapat hidup penuh berbahagia
Andainya tiada restu dari ayah dan juga ibumu
Fikirkanlah oh kekasih yang kusayang
Janganlah nanti aku kau persalahkan
Turutlah perintah ayah dan ibumu sayang
Terimalah dia gadis yang bertuah itu
Sebagai teman hidup yang tercinta
Jangan kerana aku engkau pula menanggung derita
Apalah kau harapkan insan malang sepertiku ini
Yang dihina dan dibenci keluargamu
Membuat aku sedar siapa diriku