Erti Syukur

LUKHMAN ABD KADIR, ISMEN NADIM ISAM

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi Tuhan Maha Pemurah
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan lepas dari pandangan
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya ku terlupa
Adakala aku leka
Ampunilah ho
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu

Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi Tuhan Maha Permurah
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku
Amalku hidupku matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

Curiosidades sobre la música Erti Syukur del Unic

¿Cuándo fue lanzada la canción “Erti Syukur” por Unic?
La canción Erti Syukur fue lanzada en 2005, en el álbum “Satu Tekad”.
¿Quién compuso la canción “Erti Syukur” de Unic?
La canción “Erti Syukur” de Unic fue compuesta por LUKHMAN ABD KADIR, ISMEN NADIM ISAM.

Músicas más populares de Unic

Otros artistas de Religious