Istana Nursuci

Apakah ini mimpi
Hidup sebergini
Apakah ini erti
Hidup ku berakhir

Kusemai benih
Mengharap kasih
Rupanya tanah tak berbudi

Berlagu dalam hati
Kau kan menyinari
Bernyanyi dalam mimpi
Halaman mewangi

Ku siram benih
Sesuci kasih
Rupanya cinta tak bererti

Jikalau ku tahu sudahnya
Khalimah sakti mu
Kuhindar
Tidakku rela dipersenda diriku mainan percuma
Ini kah balasan air mata
Kukorbankan untuk derita

Jika
Kuturutkan sengsara
Jangan sengsara
Membakar diri
Membunuh nurani

Biarlah pergi
Semua pergi dari sanubari

Kutahu haluan umpama
Berlari meniti titian
Halangan akan ku tempuhi
Kerana janjinya cahaya
Diranting harapan kupautkan
Pasti kecewa bukan lah jawapan

Biar
Kurelakan sendiri
Berkasih setia hanya padanya
Cinta yang abadi
Umpama syurga ku temui
Istana nursuci

Apakah ini mimpi
Seindah begini
Apakah ini erti
Hidup ku berseri
Ku semai benih
Mengharap kasih
Sepohon cinta yang sejati

Músicas más populares de SYURA

Otros artistas de Contemporary R&B