Setitis Hujan Dalam Lautan
Aku di ibaratkan hanya setitis hujan
Dan engkau seluasnya lautan
Jatuh aku ke dasarmu
Hilanglah aku di dalam cintamu
Tiada sesuatu yang dapat ku megahkan
Setitis hujan dalam lautan
Dengan penuh kesedaran
Oh segalanya aku serahkan
Seandainya ternilai cintaku
Pasti tak terbayang agungnya cinta Mu
Seandainya aku diterima
Di pantai manapun sanggup ku berada
Seandainya sesaat terleka
Lemparlah diriku kemana Kau suka
KeranaMu aku merelakan
Walau pasang surut tidakku peduli
Walau hilang duniaku... oh
Seandainya ternilai cintaku
Pasti tak terbayang agungnya cinta Mu
Seandainya aku diterima
Di pantai manapun sanggup ku berada
KeranaMu aku merelakan
Walau pasang surut tidakku peduli
Walau hilang duniaku... oh
Aku hanya setitis hujan dalam lautan
Di samping Mu tidak kelihatan
Segalanya ku serahkan
Kerana cinta aku merelakan
Tiada sesuatu yang dapat ku megahkan
Setitis hujan dalam lautan
Dengan penuh kesedaran
Hilanglah aku di dalam cintaMu...