Antara Dua Cinta

NAZREY BIN JOHANI, PAHROL MD JUOI

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman

Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh

Curiosidades sobre la música Antara Dua Cinta del Saujana

¿Cuándo fue lanzada la canción “Antara Dua Cinta” por Saujana?
La canción Antara Dua Cinta fue lanzada en 2000, en el álbum “Kembara Cinta”.
¿Quién compuso la canción “Antara Dua Cinta” de Saujana?
La canción “Antara Dua Cinta” de Saujana fue compuesta por NAZREY BIN JOHANI, PAHROL MD JUOI.

Músicas más populares de Saujana

Otros artistas de Religious