Madah Dan Karenah

Muhd Nasir Mohamad, Syed Mohd Amin Syed Hashim Al-Shahab

Biar buta penglihatan
Jangan buta hati dan fikiran
Biarpun miskin harta
Jangan papa adat dan bahasa

Helang-helang buana
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung dijumpa
Jangan pula pangkal yang kau lupa

Harumnya bunga rampai
Oleh kerana ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Hidup dalam dunia banyak ceritanya
Selagi bernyawa ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca gurindam serta seloka

Namun kenyataan
Hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera amalan biasa

Harumnya bunga rampai
Oleh kerana ramuan yang pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada bererti

Ohh penyair atau pujangga
Bermadah kelana dunia begitu jua
Dahulu mahhupun sekarang tiada berbeza
Pucuk pangkal hati jua

Kalau emas-emas jua dibuang tetap berharga
Kalau besi-besi jua kan karat akhirnya

Dunia banyak ceritanya selagi bernyawa
Ada saja kerenahnya
Yang indah hanyalah bahasa
Disebut dibaca gurindam serta seloka
Namun kenyataan
Hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana
Tepuk dada tanya selera amalan biasa

Curiosidades sobre la música Madah Dan Karenah del Ramlah Ram

¿Quién compuso la canción “Madah Dan Karenah” de Ramlah Ram?
La canción “Madah Dan Karenah” de Ramlah Ram fue compuesta por Muhd Nasir Mohamad, Syed Mohd Amin Syed Hashim Al-Shahab.

Músicas más populares de Ramlah Ram

Otros artistas de Asiatic music