Sketsa Sekisah
Sayangku
Sungguh ketara perubahan
Kau gugup bila berhadapan
Apakah ini tanda kemarau kasihmu
Ataukah ini bukti akhir cinta
Sememangnya aku sedari semua ini
Telah ku duga sejak dari mula
Segala kemungkinan telah pun terjadi kini
Ianya bukan suatu suratan
Apalah erti kasih sayang
Sedangkan kau tak cuba memahami
Pertahankan erti kesetian
Di manakah nilai dirimu
Apalah erti kasih sayang
Sedangkan kau tak cuba memahami
Pertahankan erti kesetian
Di manakah nilai dirimu
Andainya aku menyepikan diri
Bukan kerana aku tak menyintaimu
Tapi kerana aku mencari erti cinta
Sebuah kejujuran kehidupan