Usah Tergila Pandang Pertama [2007 Remastered]

Anak dara jangan dipeluk
Jika dipeluk patah pinggangnya
Pikat gadis memang seronok
Hilang seronok timbul bencana
Mati semut kerana gula
Kerana semut gula terbuang
Mula pandang jangan tergila
Mungkin si gadis di punya orang

Bukan ajar itik berenang
Hanya sekadar beri panduan
Pikat gadis bukanlah senang
Jika dirimu tidak bersopan

Kirim jangan pesan pun jangan
Samalah-sama menanggung rindu
Cakap orang jangan hiraukan
Usul periksa terlebih dulu

Ukur baju badan sendiri
Tepuklah dada tanya selera
Kata janji jangan mungkiri
Jangan menyakit hati si dara

Bukan ajar itik berenang
Hanya sekadar beri panduan
Pikat gadis bukanlah senang
Jika dirimu tidak bersopan

Harap-harap kepada tuan
Tidaklah tuan siapa lagi
Jika gadis sudah berkenan
Hatinya tidak berbelah bagi

Buang emak buang saudara
Kerana kasih aku turutkan
Bila kasih sudah bermesra
Usah kau tunggu lekas pinangkan

Bukan ajar itik berenang
Hanya sekadar beri panduan
Pikat gadis bukanlah senang
Jika dirimu tidak bersopan

Curiosidades sobre la música Usah Tergila Pandang Pertama [2007 Remastered] del Noorkumalasari

¿Cuándo fue lanzada la canción “Usah Tergila Pandang Pertama [2007 Remastered]” por Noorkumalasari?
La canción Usah Tergila Pandang Pertama [2007 Remastered] fue lanzada en 2014, en el álbum “Siri Bintang Pujaan”.

Músicas más populares de Noorkumalasari

Otros artistas de Asiatic music