Dunia Alam Fana

Sejak aku dewasa aku mula berfikir
Segala tentang dunia apa yang terjadi
Aku mula berfikir segala dosa ku
Ampuni aku maafkan aku

Di dalam doa ku ada cerita
Cerita yang ku bina selama ini
Semoga Ilahi memberkati ku
Dalam doa ku ini

Ku lihat ke kanan juga ke kiri
Menanti berdiri terdiam di sini
Menunggu hidayah dari Ilahi
Yang tidak boleh dijual beli

Mungkinkah kita terlupa terleka
Di buai mimpi indah berseri
Di dunia yang penuh dusta sengketa
Bermaharajalela selama ini

Ya Tuhan ku ku bermohon restuMu

Aku mengerti aku mengerti
Selama ini apa yang kau cari

Aku fahami aku fahami
Dunia ini hanya realiti dan fantasi

Semakinya hebat angin memainkan
Alunan lagu dan irama
Kita pasrah pada Yang Maha Esa
Kita redha pada Yang Maha Kuasa

Ya Tuhan ku ku bermohon restuMu

Hanya kepada Mu aku berserah (ya Tuhanku)
Hanya kepada Mu aku berdoa (ku bermohon)
Kerna hanya Engkaulah (restuMu)
Yang Maha Esa
Tiada kedua di antaranya

Bila tiba masanya
Waktu berhenti
Aku di sisi masih lagi mencari
Perjalanan zikirku
Akan ku turuti
Ku berdoa ku berminta
Ku bersujud pada Ilahi

Ya Tuhanku ku bermohon restuMu
Ya Tuhanku ku bermohon restuMu

Aku insan binatang
Terjalang terbuang seperti ketandusan
Berselerakan di pinggiran jalan
Meski pun hinaan
Comahan bencian cacian

Namun di sebalik qalbu hatiku
Yang teramat dalam
Tidak sedikit pun kegelapan
Menyimpan dendam
Biarkan mereka memandangku
Dari sisi gelapku

Pergilah pergilah dari sini
Di ruang qalbu ku masih terasa
Senja yang senandung
Masih menerang di terang
Setiap jantan bukannya malang

Jangan kau lihat ke belakang
Jangan dikenang jangan biarkan
Dengan sesuatu yang tak pasti
Bilakan masa tiba
Semoga engkau bersua kebahagiaan

Hanya kepada Mu aku berserah
Hanya kepada Mu aku berdoa
Kerna hanya Engkaulah
Yang Maha Esa
Tiada kedua dan di antaranya

Berliku liku aku berlari
Mengejar erti kehidupan ini
Adakah aku akan ditemani
Cahaya cinta dari Ilahi

Ya Tuhanku
Sucikan qalbuku
Daripada kepuraan-puraan qalbu
Amalan kami
Sucikan daripada riak

Lidah kami lisan kami dari pembohongan
Pembohongan dan kedua mata kami
Daripada kami berdusta
Itulah qalbu
Iaitu hati yang perlu dijaga
Tulus hati hati hati ini

Ya Tuhan ku ku bermohon restuMu
Ya Tuhan ku ku bermohon restuMu

Hanya kepada Mu aku berserah (Ya Tuhanku)
Hanya kepada Mu aku berdoa (ku bermohon)
Kerna hanya engkaulah (restuMu)
Yang Maha Esa
Tiada kedua dan di antaranya

Berliku liku aku berlari (ya Tuhanku)
Mengejar erti kehidupan ini (ku bermohon)
Adakah aku akan ditemani (restuMu)
Cahaya cinta dari Ilahi

Ya Tuhan ku ku bermohon restu Mu

Músicas más populares de Nicog

Otros artistas de French alternative rock