Sesungguhnya 2020 [feat. Dwi Dina]
Sebenarnya
Hati ini cinta kepadaMu
Sebenarnya
Diri ini rindu kepadaMu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya
Walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya
Walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan berbunga
Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kausar Allah
Sesungguhnya
Walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya
Walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmatMu
Jika tidak menagih simpati
PadaMu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
Mogaku tahu syukurku adalah milikMu