Demi Masa

Aku telah melihatnya
Aku telah mendengarnya
Tak perlu engkau kejutkan aku
Tidakkah kau mengerti
Hidupmu dalam teka-teki
Mencari kebenaran

Sedikit tapi payah
Jika kau mengejar yang lain
Merindui kilauan emas
Tapi alpa dengan yang tercipta

Demi masa
Manusia sentiasa dalam rugi
Melainkan mereka yang tahu

Engkau sering bermusuhan
Hanya tentang kebenaran
Sedang engkau masih keliru
Bagaimanapun jua
Engkau mesti berjalan
Walau arus tersesat dan luka
Dan berpindahlah engkau insan
Dalam putaran hidup ini
Pindah saja kau bertemu dalam satu pertemuan yang sejahtera

Hanya mimpi
Kata mereka yang rugi
Hanya mimpi
Mereka tak mahu mengerti
Dan tak peduli

Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
Kuharap kau memahami keadaanku
Dan mungkin kau ingin bersamaku bersama bermimpi
Dalam kenyataan yang satu

Semakin mendalam hanyaku yang tahu
Perasaan hati nurani
Mungkin kau kan bertanya
Siapakah dirimu
Apakah destinasimu
Apakah ada yang lain
Dari peganganmu yang ada
Atau mungkin perjalananmu
Tamat di sini dan tiada lagi

Hanya mimpi
Kata mereka yang rugi
Hanya mimpi
Mereka tak mahu percaya
Dan tak mengerti

Jika kelak kau melihat aku tidur dan sedang bermimpi
Kuharap kau memahami keadaanku
Dan mungkin kau ingin bersama
Bersama bermimpi dalam kenyataan yang satu

Oh oh

Músicas más populares de M.Nasir

Otros artistas de Pop rock