Keliru

Keliru keliru
Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu dirimu
Apa khabarmu di sana adakah kau juga merinduku

Terasa berat tanggunganku menatang rindu
Acapkali kau menjelma di dalam fantasiku
Di serambi pilu terdiam membisu
Sedekad yang melewati ku kekal keliru

Bertanya mengapa di mana kau berada
Berserakan soalan bercerana dalam dada
Mengapa kini kau puncanya segala dilema
Mengapa kini kau puncanya ku lena tak lena

Takkan ku lupa detik jeda berlima
Mengharungi dunia ku terharu terkesima
Walaupun seketika kau satunya adiwira
Segenap daya melimpah kasih dan ku terima

Namun begitu segalanya sementara waktu
Menora menjerat ku diperdaya termin lalu
Pilihan digentas tanpa ruang untuk ku rayu
Kesudahannya sayu bila dibayang namamu

Keliru keliru
Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu dirimu
Apa khabarmu di sana adakah kau juga merinduku

Teringat dahulu kala kau pernah mengajar
Ku dituntun erti bersabar tika berlapar
Dijadikan iktibar agar tak tersasar
Tak dikasar pun tercalar perih apakah wajar

Sejak detik terpisah tak sekali pun dikisah
Cuma dibalik kaca kau cuba berani singgah
Mencerap tanpa kesah serta mengunci lidah
Tiada tahniah tiada hadiah tiada khabar yang indah

Sanggupkah kau melihat ku terluka
Sendirian tanpa dirimu ku keliru
Ku biarkan pintu hati terbuka
Menantikan kepulanganmu

Keliru keliru
Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu dirimu
Apa khabarmu di sana adakah kau juga merinduku

Teratak kita kelam dan sunyi
Masih berpenghuni cuma bagaikan tersembunyi
Pelbagai derita dalam hasrat mencita
Hidup lama gelita tiada lagi yang jelita

Tanpa raja yang disisi mama mengambil posisi
Percayakan intuisi tanpa mengira kondisi
Meski mimpi ditangisi kerap membutakan visi
Apa maksud mithali ku tercari definisi

Darah sama darah takkan dipisahkan
Ku pasti ada yang mahu kau ceritakan
Di bawah neon berkepul berbilion ion
Bergelut cari zion jah beri ku perhatian

Keliru keliru
Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu dirimu
Apa khabarmu di sana adakah kau juga merinduku

Músicas más populares de Lil J

Otros artistas de Hip Hop/Rap