Insan Yang Mulia
Oh insan yang mulia
Kembalilah ke jalan yang diredha
Jangan selalu membesarkan dunia sayang
Ingatkan Allah yang maha kuasa
Ingatkan Allah ingatlah selalu sayang
Jangan lalai Allah berfirman
Duhai insan jangan lah kau lalai
Membuat suruhan Tuhan mu
Janganlah hanya membesarkan dunia sahaja
Maka kau lupakan Tuhan yang memberi nikmat pada mu
Ingat ya ingat
Oh insan yang budiman
Janganlah membesarkan harta
Miskin kaya pandang sama saja sayang
Buruk cantik tiada bezanya
Caci hina jangan kau amalkan sayang
Nanti murka Tuhan mu insan
Ingat janganlah kau mencaci
Dan membeza-bezakan
Antara satu dengan lain
Kalau kau mencaci dan membeza-bezakan
Samalah juga engkau mencaci
Kebesaran Tuhan
Sucikanlah hatimu
Bersihkan rohani jasmani
Takutlah kamu pada Tuhan sayang
Kau tiada kenal hidup di dunia
Akhirat juga akhir tempat kamu sayang
Tak dapat dikau tak dapat elakkan
Jangalah engkau mengotori rohanimu insan
Tidakkah kau takut
Nanti kalau roh mu tak mengenal jasadmu
Sampai disini dengan nama Tuhan ku
Syukur kepada maha suci Allah