Kerana Cinta
Mohd Hakim Lokman
Dia gegarkan lorong kota
Punya segala kemewahan utama
Dia yang jauh pandangan
Cerah cahaya masa depan hidupnya
Dia membina kerjaya
Cergas segala gerak laku berjaya
Kita di mana silapnya
Terang cahaya makin suram akhirnya
Di saat bulan menerang rasa cinta
Dan bertemu kecewa
Hilanglah punca berubahlah hendaknya
Dan bertandang sengsara
Bila mengenal hayalan
Serbuk putih menjadi teman harian
Badan susut tak keruan
Mukanya cengkung tinggal tulang tenggelam
Mengapa cinta yang dijadikan punca
Kehancuran dunia
Mengapa dadah dijadikan penawar
Waktu jiwa sengsara
Entah di mana silapnya
Terang cahaya makin suram akhirnya
Dia mengenal hayalan
Serbuk putih menjadi teman harian