Biru Malam [Piano Version]

Walau senyum indah cahaya
Bagai bulan kala gelita
Namun hati masih gelisah
Terkenang dirimu

Walau bibir indah berkata
Hilang dalam dunia tawa
Sendiri bertemankan purnama
Menanti dirimu
Biru malam

Disaat diri tak berteman
Sendiri mencari jawapan
Adakah mampu aku terus berjalan

Ku hanya mampu tuk berdoa
Agar semua tak sengsara
Gelap ku menanti bulan menyinar agar bercahaya

Aku berjanji akan ku cari diri ini
Yang lemas didalam mimpi
Ku ubah jadi realiti

Walau senyum indah cahaya
Bagai bulan kala gelita
Namun hati masih gelisah
Terkenang dirimu

Walau bibir indah berkata
Hilang dalam dunia tawa
Sendiri bertemankan purnama
Menanti dirimu
Biru malam

Ku sedar diri ini tidak sempurna
Senyuman menutupi hati yang luka
Pada Tuhan ku berserah
Kuatkan hati diri takkan menyerah

Sebelum nafas akhir
Diri ditelan bumi
Biarku mengenali diri

Apa ku harus berikan hati
Pada semua insan
Walau diriku tak mampu
Namun

Aku berjanji akan ku cari diri ini
Yang lemas didalam mimpi
Ku ubah jadi realiti

Janji aku tidak akan menyerah
Resah tapi tidak akan berserah
Biru malam akan aku cari
Setia walau sendiri menanti

Ku dicipta bukan untuk mengalah
Masih bersyukur walaupun merana
Kerana setiap apa yang ada
Punyai sinar cahya tak terkata

Walau senyum indah cahaya
Bagai bulan kala gelita
Namun hati masih gelisah
Terkenang dirimu

Walau bibir indah berkata
Hilang dalam dunia tawa
Sendiri bertemankan purnama
Menanti dirimu
Biru malam

Tanpa sedar hidup ini perlu kesedaran
Tanya pada hati adakah jiwa ini perlukan kemenangan
Adakah diriku selesa
Menjadi watak yang berbeza
Aku angkat kedua tangan menanti jawapan biru malam

Músicas más populares de Chubb-E

Otros artistas de Contemporary R&B