Tak Dapat Raya Lagi

Mari semua kita
Raya di rumah saja
(Hiya, hiya, hey)
Semua tak boleh keluar
Nanti kena saman padan muka


Tunggu dulu Akram bagi tahu
Pakai saja baju tahun dulu
Walau raya dekat rumah
Masih boleh cantik lawa lepas itu
Post dekat insta


Apa kata kita
Raya rumah di sebelah
(Hiya, hiya, hey)
Aku dengar anak dia lawa
Putih gebu bibirnya merah


Tunggu dulu Achoi bagi tahu
Mana boleh keluar macam itu
Kau tak ingat virus melekat
Nanti tak pasal beraya dalam wad


Jadi kita nak beraya di mana?
Takkan raya pertama
Duduk lepak di rumah
Redha jelah tahun ini macam biasa
Macam tahun lepas juga
Tak dapat raya


Aku ada masalah
Berat hati rasa nak luah
Baju raya aku tahun sudah
Sudah sendat perut terkeluar
Tunggu dulu aku bagi tahu
Nenek kita ada tinggal baju
Ish, tak adalah baju itu
Apa kisah kau nak malu
Sekarang trend baju kelawar biniku


Aku dah tak ada idea
Nak buat apa masa raya
Jom video call awekku
Dia pun tak ada hala tuju
Apa kata kita cuba?
Call je awek dia
Kita cuci mata


Kenapa telefon sayangku?
Bawa sekali temanmu
(Hiya, hiya, hey)
Niat nak pergi rumahmu
Hati tak tahan rasa rindu


Tunggu dulu kami mahu tahu
Tak bahaya ke kalau macam itu?
Kalau kamu mahu tahu
Ku cabut topeng mulutku
(Virus)


Jadi kita nak beraya di mana?
Takkan raya pertama
Duduk lepak di rumah
Redha jelah tahun ini macam biasa


Macam tahun lepas juga
Tak dapat raya
(Tak dapat raya lagi ke?)

Músicas más populares de Baby Shima

Otros artistas de Asiatic music