Separuh Hatiku
Hidup bagaikan
Suram tiada bersinar
Bila kau hilang
Tanpa tanda tuk jejaki
Tahun silih berganti
Mana diri mu pergi
Puas ku cari tak ku temui
Dan badai bertandang
Aku cuba berdiri
Engkau kekuatan
Depani hidup ini
Daku selalu berdoa
Moga kau akan bersama
Melengkapi hati terbahagi
Kau bawa
Lagi separuh hati
Memaksa ku agar bertahan
Walau sakit
Kasih
Pulangkanlah separuh hatiku
Agar tenang ku jalani ranjau ini
Lalu kita menikmati bahagia
Seperti yang kita mahu
Kasih
Yakin ku kau masih mengingati
Segala kenangan yang kita lalui
Membina lembaran kisah indah
Untuk kau kembali
Ke sisi ku
Mengapa hati ku terdetik
Kita selalu dekat
Magisnya rasa
Bila hati menyatu
Oh hu
Kasih
Pulangkanlah separuh hatiku
Agar tenang ku jalani ranjau ini
Lalu kita menikmati bahagia
Seperti yang kita mahu
Kasih
Yakin ku kau masih mengingati
Segala kenangan yang kita lalui
Membina lembaran kisah indah
Untuk kau kembali ke sisi ku