Orang Biasa feat. Aizat Amdan

Yang indah di mata tak semuanya nyata
Hakikatnya aku juga orang biasa
Sejauh mana tinggi bawa aku kembali
Hakikatnya aku juga orang biasa

Orang biasa yang akan terluka
Yang akan menangis disaat berduka
Orang biasa yang selalu terlupa
Bila aku tinggi bawaku kembali
Bila aku tinggi bawaku kembali

Kejayaan tak pernah dimilik ia disewakan
Orang biasa tak perlu didewakan
Balik tabir ni aku dah selakkan
Bukan buka aib tapi panduan untuk elakkan

Jadi penghibur bukan bahan hiburan
Hari kerja kita orang lain berliburan
Nukilan tulisan irama jadi siulan
Panggilan untuk bangkit hingga dodoi yang tidurkan

Topik hangat pendengar minta lagukan
Ada kata lawan arus ada nasihat ikut haluan
Ada kata karya seni bukan untuk habuan
Engkau jaguhkan
Masuk gelanggang pertaruhkan

Dan tiada yang kekal
Tiada apa yang nak sesal
Walau kulit ku tebal aku tak kebal
Yang indah di mata tak semuanya nyata
Hakikatnya aku juga orang biasa
Sejauh mana tinggi bawa aku kembali
Hakikatnya aku juga orang biasa

Nampaknya sampai disini sahaja
Kita dicemburui masa
Mungkin boleh kongsi sepatah dua kata
Tapi aku takleh stay lama

Esok pagi aku jadi orang biasa
Keluar rumah serabai penuh selamba
Semalam jaja suara pagi ni aku berniaga
Ada lebih masa kita lepak bersama

Dah takde show takde shoot video
Takde interview radio dah takde buat promo
Takde lagi selfie takde orang ambik foto
Takde orang nak tegur macam kenal bro

Masa untuk ku undur diri
Bukan macam dulu lagi
Dan tiada yang kekal (tiada yang kekal)
Tiada apa nak sesal (tiada apa yang nak sesal)
Walau kulit ku tebal aku tak kebal

Yang indah di mata tak semuanya nyata
Hakikatnya aku juga orang biasa (orang biasa)
Sejauh mana tinggi bawa aku kembali
Hakikatnya aku juga orang biasa (huhu)

Orang biasa (orang biasa)
Yang akan terluka (akan terluka)
Yang akan menangis (akan menangis)
Di saat berduka

Orang biasa (orang biasa)
Yang selalu terlupa (selalu terlupa)
Bila aku tinggi bawaku kembali
Bila aku tinggi bawaku kembali (orang biasa)

Dah sampai masa untuk saya
Undurkan diri dan menjadi orang biasa
Bukan kerana terpaksa tapi (orang biasa)
Atas pilihan saya sendiri

Terima kasih kepada kawan-kawan
Yang menolong yang tak menolong (orang biasa)
Yang menyokong dan tidak menyokong
Tiba masanya untuk satu permulaan yang baru (orang biasa)
Terima kasih assalamualaikum

Curiosidades sobre la música Orang Biasa feat. Aizat Amdan del Altimet

¿Cuándo fue lanzada la canción “Orang Biasa feat. Aizat Amdan” por Altimet?
La canción Orang Biasa feat. Aizat Amdan fue lanzada en 2018, en el álbum “O”.

Músicas más populares de Altimet

Otros artistas de Asiatic music