Langkah Laksamana

Pantang laksamana berbalik belakang
Bercawat ekor dalam gelanggang
Berani tidak membilang lawan
Matiku pun tidak dihina orang
Hidup laksamana

Hoi mari dipakai kain selempang panjang
Sisipkan keris berbaring terlentang
Si hari bulan si tanjanag songsang
Bagaikan ayam berkokok lantang berdendang

Pantang lelaki diuji-uji
Pantang wanita dicuba-cuba
Jangan berani mengharap upah
Langkah bagai dibilang
Lenggang bagai ditatah

Kuseru namamu laksamana
Ku pasang kuda-kuda berserta bunga silat mahaguru
Gempit darah gemaku jari-jariku
Menghunus keris berliku

Selagi air ke hilir
Selama gagak berbulu hitam

Berani mencencang terpotong tangan
Berani berjuang banyak melintang
Mesti dihadang
Cis pnatang melayu bermati adat
Rela melayu anak dilahad
Berani dikerat tahan di kepat
Nafas tersentak tidak disayang-sayang
Umur sejemput tidak ditimang-timang

Hoi mari dipakai kain selempang panjang
Sisipkan keris berbaring terlentang
Berlari bulat sitanjanag songsang
Bagaikan ayam berkokok lantang berdendang

Bila hujung lidah dilelangit
Mata dipejam mudah-mudahan dapat diberi lihat seluruh alam
Bacaan dihati minta hajat dipenuhi kaki memijak bumi
Bagai kilat senjabagai petir tunggal
Jangan cuba menghampiri walaupun sejengkal
Terkena laksamana bukan kerana kuat melawan
Tapi terkena laksamana kerana kuat menahan (tuah)
Langkah laksamana bergerak dengan bijak
Bukan dengan terdesak-desak (tuah)
Langkah laksamana tak mudah digertak
Tak akan berganjak tak mudah memberontak (tuah)
Langkah laksamana walau diasak pandai mengelak
Tetap berdiri tegak (tuah)
Langkah laksamana yang utama membela nusa dan bangsa
Sampai ke akhir nyawa

Hoi mari dipakai kain selempang panjang
Sisipkan keris berbaring terlentang
Berlari bulat sitanjanag songsang
Bagaikan ayam berkokok lantang berdendang

Jangan dikejutkan yang sedang tidur
Jangan diseru semangat tuah
Jangan dibangkitkan yang dalam kubur
Silap celaka membawa padah

Hidup laksamana
Hidup laksamana
Hidup laksamana
Hidup laksamana
Hidup laksamana
Hidup laksamana

Músicas más populares de Ahli Fiqir

Otros artistas de Asiatic music